Nafi kolam renang terbuka Tokyo 2020 berbau busuk

Tokyo: Penduduk dan pegawai Sukan Olimpik Tokyo menafikan bau busuk di gelanggang terbuka sukan air dan menyatakan penapis khas sudah dipasang bagi memastikan perenang selamat daripada kebocoran air kumbahan.

Kualiti air di Odaiba Marine Park di Teluk Tokyo menjadikan isu selepas acara paratriathlon pada 2019 terpaksa dibatalkan berikutan paras tinggi bakteria E coli.

Tetapi, pihak berkuasa tempatan menafikan laporan dalam media antarabangsa dan Jepun, minggu ini yang mendakwa gelanggang acara renang maraton dan triathlon itu ‘berbau seperti tandas’.

“Tiada bau busuk,” kata Shigeru Eonomoto kepada AFP, sambil menyatakan dia sudah memeriksa kawasan itu.

“Tetapi, kualiti air tidak bagus apabila hujan kerana masalah air kumbahan,” kata Eonomoto yang tinggal di kawasan berhampiran dan bekerja menangani isu kualiti air.

Dalam kunjungan terbaharu ke kawasan itu, wartawan AFP tidak mengalami pencemaran bau, walaupun orang ramai tidak boleh mendekati kawasan itu yang dipagar dan diawasi polis.

Penganjur Tokyo 2020 menyatakan skrin tiga lapis dipasang di dalam air untuk menghentikan pengaliran bakteri E coli selepas hujan dan menstabilkan suhu.

Bagaimanapun, pasukan triathlon Australia tidak bimbang kerana air di kawasan itu akan diuji dua kali sehari.

“Kami yakin dengan langkah yang diambil penganjur, termasuk pemasangan penapis tiga lapis untuk mengawasi situasi itu pada awal tahun ini, berbanding hanya satu penapis ketika acara ujian pada tahun lalu,” kata ketua pasukannya, Justin Drew. – HARIAN METRO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: