SIAPA SEBENARNYA GAGAL?

Sambil duduk santai melayan angin petang yang nyaman dan berteman secangkir kopi Arabica di balkoni banglo Bangsar saya, panorama matahari terbenam yang memancar di Bangsar Hills mengusik naluri dan jiwa saya tentang harapan. Walaupun jalan-jalan yang biasanya sibuk di bawah kini kelihatan sepi seperti pemandangan dystopian daripada filem apokaliptik kelas B yang buruk, saya tahu bahawa Malaysia mampu bertahan dalam masa-masa yang penuh cabaran ini.

Hujah ‘Malaysia A Failed State’ telah dianalisis, diteliti, dan diperdebatkan sehabisnya dan saya tidak mahu menokok tambah tajuk itu dengan suara tua saya yang lelah. Apa yang akan saya katakan ini adalah bahawa ada kegagalan lebih besar di luar sana yang gagal disedari, atau ditolak untuk diakui. Pembangkang. “Biar betul?” anda mungkin bertanya. Ya betul. Dan izinkan saya menunjukkan kepada anda bagaimana dan mengapa Pembangkang Gagal.

Sejak Mac tahun lalu ketika Kerajaan PH jatuh, mereka tidak melakukan apa-apa yang konkrit untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia seperti saya, kecuali menyatakan kemarahan, merengek dan meroyan kerana kehilangan kuasa. Meski demikian, dengan cerdiknya mereka telah muncul dengan narasi bahawa Kerajaan PN saat ini telah gagal, sebaran hashtag #KerajaanGagal dipopularkan atas kesempatan dalam kesempitan rakyat negara ini. Ramai yang terpengaruh, terperdaya lantas mempercayainya.

Tetapi inilah masalahnya. Hingga hari ini, dengan berlakunya wabak dan krisis ekonomi, apa perkara proaktif yang dilakukan oleh Pembangkang?

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, hanya tertumpu pada satu keutamaan – berusaha menjadi Perdana Menteri dan gagal. Fakta menunjukkan dia gagal dengan teruk setiap kali dia mencuba. Untuk memburukkan lagi keadaan, dia akhirnya didedahkan sedang bekerjasama secara diam-diam dengan ‘Gang of Six’, atau dikenali oleh orang Malaysia sebagai Kluster Mahkamah UMNO. Jadi, adalah wajar jika saya mengatakan bahawa Pembangkang telah mengambil kesempatan bagi terus berpolitik dengan dungu sementara seluruh negara sedang sibuk berusaha memerangi krisis pandemik dan ekonomi yang berleluasa.

Sementara saya menyebut tentang perkara itu, sebenarnya jelas Pembangkang dan penyokong mereka pun tidak bersatu dalam menentukan dan memikirkan siapa calon PM mereka.

Anwar dan kumpulan penyokongnya yang semakin menyusut itu mahu Anwar menjadi PM.

Shafie Apdal secara terbuka pula menyokong Tun M walaupun secara diam-diam mahu memegang jawatan itu untuk dirinya sendiri. Walaupun dia telah kehilangan Sabah yang menjadi asas kekuatannya satu ketika dahulu dalam Pilihanraya Negeri.

Lim Guan Eng berperanan sebagai orang bodoh – dia secara terbuka menyokong Anwar sebagai PM sambil berpura-pura menolak sebarang kerjasama dengan UMNO. Malah Anwar sendiri tidak tahu di mana peranan dan sokongan Lim Guan Eng sebenarnya. Anda boleh melihat skizofrenia DAP ini dengan tindakan kaki kepoh dan kecoh dalam DAP yang biasa seperti Hannah Yeoh, Syahredzan, Tony Pua, dan Yeoh Bee Yin. Mereka menjerit-jerit pada setiap kesempatan yang ada jika terdapat sebarang salah langkah yang dibuat oleh pentadbiran PN tetapi senyap sunyi apabila ada di antara mereka sendiri yang membuat kesalahan.

Mat Sabu dan Amanah diam kerana satu sebab – mereka berpecah secara dalaman. Skrip rasmi mereka adalah, “Kami menghargai Tun M tetapi kami menyokong Anwar untuk PM.” Amanah, pembaca yang saya sayangi, tidak mempunyai ‘amanah’ langsung kerana mereka pun tidak lebih baik daripada PAS ketika mendapat kuasa. Sekiranya Anwar mendapat sokongan dari UMNO untuk membentuk Kerajaan, Amanah akan menyokong langkah itu, yang kemudian akan dibenarkan dengan alasan – “Dapatkan kuasa terlebih dahulu, kemudian kita bicara.”

Tun M, jauh di dalam hatinya, masih mahu menjadi PM. Atau, sekurang-kurangnya diberi jawatan yang dapat menjadikannya berkuasa semula, boleh memberi arahan yang wajib dipatuhi. Harimau tua tidak akan mengubah belangnya.

Primadona Drama akan mengikuti Atuknya.

Dua ahli parlimen PSB pula tidak mempunyai kesetiaan kukuh walaupun Shafie mengatakan dia dapat mengawal mereka berdua. Seluruh dunia tahu Baru Bian perlu bertanya kepada isteri dan abangnya terlebih dahulu sementara Masir Kujat perlu meminta izin daripada alongnya Wong Soon Koh terlebih dahulu.

Jadi, itulah kisahnya wahai pembaca yang dikasihi. Tidak ada konsensus yang pasti mengenai siapa calon PM oleh Pembangkang walaupun sekiranya Pembangkang secara ajaib mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan. Semua itu akan membawa kita kembali ke arah lebih banyak kekacauan dan ketidakstabilan politik.

Jika anda fikir itu sudah cukup teruk, ada ramai lagi di TwitterJaya dan MukaBukuJaya yang begitu sesat dan terdesak, mereka akan mencalonkan sesiapa sahaja, sama ada yang re-tweet, menyiarkan atau berkongsi siaran mereka sendiri. Inilah senarai tidak masuk akal mereka!

Drama Queen aka Syed Saddiq.
Zaid Ibrahim (saya tak boleh hadam mengapa FMT masih beri ruang untuknya).
Rafidah Aziz ( ini orang kanan Tun M lah).
Nurul Izzah (jika anda cukup kenal dia macam saya, anda tahulah perangai teruknya).
Rafizi Ramli (Anwar, jaga-jagalah belakang kamu).
Hannah Yeoh (tidak ajan jadi lah).
GK Ganesan (siapa ni?).
Wan Azizah (serius? SERIUS lah ???).
Mukhriz (pun tak akan berlaku).
Ku Li (rasanya, dia secara diam-diam calonkan diri sendiri guna akaun palsu di semua bahagian komen tersebut)
Najib Razak (dia masih membayar bot yang mencalonkannya. haha).

Bercakap tentang Selangor, negeri utama gabungan Pakatan Harapan, kerajaan contoh yang seharusnya menjadi model utopia yang ideal untuk Malaysia yang sempurna oleh PH – apa pandangan anda semua? Kes COVID-19 beribu-ribu setiap hari. Menjadi juara tertinggi dalam catatan kes harian walaupun mempunyai sidang penasihat yang terdiri daripada golongan professional dalam PH. Selangor berjaya?

Jadi apa yang dapat kita simpulkan, pembaca yang dikasihi? Hashtag mana yang lebih tepat? #KerajaanGagal atau #PembangkangBungkus?

Terlintas di fikiran saya pada petang yang indah ini di mana esok Parlimen akan bersidang. Saya simpulkan hipotesis saya bahawa Pembangkang telah menemui kegagalan dalam ujian. Kepada anda, Ahli Parlimen Pembangkang, buktikan saya salah.

Dave Letterman
Peminat tegar kopi, loyar buruk yang sudah bersara dan penganalisis politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: