Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli ketika harga saham murah meskipun terdapatnya sentimen bercampur-campur dalam persekitaran pasaran serantau.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.07 mata kepada 1,514.60 berbanding penutupan semalam (Isnin) iaitu pada 1,512.53.

Indeks utama dibuka 3.20 mata lebih tinggi pada 1,515.73 dan bergerak antara 1,511.85 dan 1,517.39 di sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter rugi mendahului untung dengan 657 berbalas 326 manakala 444 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4.38 bilion unit bernilai RM2.67 bilion daripada 4.82 bilion unit bernilai RM2.80 bilion pada petang penutupan urus niaga Isnin.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan diniagakan dalam julat kecil dan kebanyakannya bergerak tinggi sedikit di sepanjang hari, menjejaki prestasi rakan serantau dan mengambil petunjuk daripada pergerakan di Wall Street serta ekuiti Eropah yang berlegar antara keuntungan dan kerugian yang sederhana pada hari Isnin.

“Namun beberapa pasaran Asia mencatatkan kerugian di celah-celah urus niaga yang turun naik disebabkan oleh ketidakpastian berkisar dengan dasar teknologi China,” katanya.

Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 4.22 peratus menjadi 25,086.43, Indeks Straits Times Singapura susut 0.01 peratus kepada 3,138.81, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.49 peratus kepada 27,970.22 dan Kospi Korea Selatan naik 0.24 peratus menjadi 3,232.53.

Sementara itu, pencarta kanan Maybank Investment Bank Nik Ihsan Raja Abdullah berkata walaupun keuntungan awal yang diraih berkurangan, indeks penanda aras Malaysia kembali pulih di tengah-tengah kegiatan membeli saham berkaitan perbankan dan perladangan yang sedikit sebanyak telah menaikkan semangat sentimen lesu pada masa ini.

“Dengan kes harian jangkitan COVID-19 yang tinggi, sentimen domestik tetap lemah kerana peniaga terus mengambil sikap berhati-hati.

“Namun begitu, satu lagi rekod tertinggi dicatatkan oleh pemberian vaksin memberikan sinar harapan dengan Malaysia secara beransur-sansur beralih ke satu lagi langkah fasa pemulihan.

“Bagaimanapun, minat membeli masih pada saham bermodal kecil,” jelas beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.01, TNB naik tiga sen kepada RM9.73 dan IHH Healthcare meningkat enam sen kepada RM5.83.

Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM7.95, sementara Maybank tidak berubah pada RM8.00.

Bagi saham aktif, BCM Alliance OR turun 11.5 sen kepada setengah sen, BCM Alliance susut satu sen kepada 14.5 sen, waran Sersol naik 10.5 sen kepada 30 sen sementara Kanger dan Serba Dinamik tidak berubah masing-masing pada tujuh sen dan 42 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.03 mata kepada 11,099.34 dan Indeks FBMT 100 naik 10.36 mata kepada 10,803.63

FBM 70 susut 2.95 mata kepada 14,604.99, FBM ACE jatuh 72.26 mata kepada 7,251.24 dan Indeks FBM Emas Syariah 5.54 mata lebih rendah pada 12,211.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.61 mata kepada 14,764.85, Indeks Perladangan naik 10.17 mata kepada 6,199.45, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.57 mata kepada 188.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 2.23 bilion saham bernilai RM2.06 bilion daripada 2.66 bilion saham pada hari Isnin yang bernilai RM2.10 bilion.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 399.40 juta unit bernilai RM52.50 juta daripada 437.31 juta unit bernilai RM44.91 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.75 bilion saham bernilai RM554.18 juta daripada 1.72 bilion saham bernilai RM647.83 juta pada hari Isnin.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 430.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (651.10 juta), pembinaan (133.60 juta), teknologi (327.15 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (83.40 juta), hartanah (119.0 juta), perladangan (20.36 juta), REIT (4.11 juta), dana tertutup (8,000), tenaga (257.54 juta), penjagaan kesihatan (81.23 juta), telekomunikasi dan media (37.33 juta), pengangkutan dan logistik (77.78 juta) dan utiliti (8.04 juta). – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: