Isu Ordinan Darurat dijawab Isnin depan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan memberi penjelasan mengenai semua perkara berkaitan Ordinan Darurat termasuk pembatalannya di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Takiyuddin memaklumkan,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sudah membuat satu petua semalam, yang mana semua persoalan dan isu dibangkitkan Ahli Parlimen berhubung perkara itu dijawab pada hari berkenaan.

“Yang Dipertua mengarahkan Menteri memberi penjelasan pada Isnin. Saya minta dengan rendah diri, supaya untuk berlaku adil kepada kerajaan, saya diberi peluang untuk memberi penjelasan semua mengenai pelaksanaan darurat pada Isnin ini,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan Takiyuddin itu bagaimanapun dibantah beberapa Ahli Parlimen pembangkang, yang mendesak supaya hal berkaitan darurat terutama pengumuman pembatalannya berkuat kuasa 21 Julai lalu oleh Takiyuddin semalam dijawab segera.

Ini terutamanya untuk penjelasan sama ada pembatalan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, selain kedudukan kompaun yang dikeluarkan selepas 21 Julai.

Takiyuddin bagaimanapun menegaskan, beliau tertakluk kepada petua yang diberikan Azhar.

“Dalam Dewan ini ada peraturan, Yang Dipertua, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, semuanya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat.

“Antara yang ada dalam peraturan ini adalah petua daripada Yang Dipertua. Saya tertakluk kepada petua Yang Dipertua semalam yang meminta saya memberi penjelasan pada Isnin.

“Bukan saya lari (daripada memberikan jawapan). Hari Isnin tidak akan lari,” katanya.

Semalam, Takiyuddin memaklumkan, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan semua ordinan yang sudah dibuat sepanjang tempoh pelaksanaan Proklamasi Darurat, berkuat kuasa 21 Julai lalu berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. – BH ONLINE

oleh Zanariah Abd Mutalib

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: