Menteri, pembangkang bertikam lidah gara-gara Ivermectin

KUALA LUMPUR: Penggunaan ubat Ivermectin untuk merawat Covid-19 mencetuskan perang mulut antara beberapa Ahli Parlimen pembangkang dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Pertikaian timbul apabila Adham menjawab pertanyaan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkenaan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19 dengan menjelaskan perkara itu bergantung kepada ujian klinikal yang sedang dijalankan ketika ini.

Namun, jawapan itu tidak memuaskan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang kemudian menggesa Adham menggunakan budi bicaranya sebagai menteri bagi membenarkan penggunaan ubat berkenaan sementara menunggu data rasmi.

Antara Ahli Parlimen yang mencetuskan pertikaman lidah adalah Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) dan R Sivarasah (PH-Sungai Buloh).

Sivarasa berkata, doktor tempatan seharusnya dibenarkan menggunakan label Ivermectin untuk merawat pesakit bagi mengelakkan lebih ramai meninggal dunia.

“Itulah yang mereka minta (doktor) tetapi ada banyak penangguhan,” katanya sambil memaklumkan kelewatan itu akan menyebabkan lebih ramai rakyat akan meninggal dunia jika ia tidak digunakan.

Sementara itu, Khalid mempersoalkan alasan penangguhan ubat berkenaan kerana ia digunakan dengan berkesan di negara lain, selain tidak ada kesan sampingan kepada mereka yang mengambilnya.

Adham kemudian menjelaskan bahawa Ivermectin merupakan ubat untuk rawatan parasit dan banyak negara termasuk India yang sebelum ini mengggunakannya merawat Covid-19 sudah menghentikan penggunaannya.

Adham turut menyoal wakil pembangkang adakah mereka mempunyai bukti kukuh pesakit yang diberi Ivermectin berjaya dirawat.

“Tidak ada. Mereka yang mengambil Ivermectin masih dijangkiti tahap 3 dan 4,” kata Adham.

Beliau memaklumkan mana-mana pihak yang ingin menggunakan Ivermectin perlu memohon kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Katanya, keputusan kajian penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 akan diketahui September ini.

Beliau berkata, setakat ini seramai 200 pesakit Covid-19 menyertai kajian terbabit membabitkan 18 hospital kerajaan.

“Kajian terbabit dikenali sebagai “Ivermectin Treatment Efficiency on Covid-19 High Risk Patient”. Ia kini sedang dijalankan di beberapa hospital kerajaan.

“Berdasarkan perancangan awal, seramai 500 pesakit Covid-19 berisiko tinggi dan bergejala ringan akan terbabit dalam kajian ini namun setakat ini, kira-kira 200 pesakit sudah menyertai kajian berkenaan,” katanya. – FMT

oleh Faiz Zainudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: