OLIMPIK: Mei Kuan-Meng Yean tutup tirai dengan kemenangan

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menutup tirai saingan Kumpulan A pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo sebentar tadi, dengan kemenangan ke atas gandingan Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith dengan keputusan 21-19, 21-16.

Beraksi di Musashino Forest Sport Plaza, Mei Kuan-Meng Yean mudah mengatasi lawannya itu dalam tempoh 44 minit, namun langkah mereka terhenti untuk ke suku akhir selepas berada di tangga ketiga keseluruhan.

Gandingan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dan wakil tuan rumah, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima menempah slot ke suku akhir selepas masing-masing mengungguli kelompok dua teratas kumpulan.

Sebelum ini, Mei Kuan-Meng Yean membuka tirai saingan kumpulan dengan langkah kiri apabila tewas di tangan Polii-Rayahu 14-21, 17-21 sebelum gandingan tuan rumah, Hirota-Fukushima meraih kemenangan ke atas mereka, 17-21, 21-15, 21-8.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menyatakan rasa bangga terhadap semangat dipamerkan dua pemain negara ini.

“Saya berbangga dengan semangat Mei Kuan dan Meng Yean yang tidak berputus asa untuk mendapatkan satu kemenangan dalam peringkat kumpulan di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Teruskan usaha dan jadikan penyertaan Tokyo 2020 kali ini sebagai pengalaman yang berharga. Terus memberikan yang terbaik!. InsyaAllah, kita boleh melihat Mei Kuan-Meng Yean di temasya Sukan Olimpik Paris pada 2024!,” kata Reezal dalam hantaran menerusi akaun Instagram miliknya. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: