TEORI KAMAL HATTA : Jeritan Dari Parlimen

26 Julai 2021 jadi tarikh penting bagi rakyat Malaysia memerhati politikus mana yang benar-benar negarawan mahu menyelamatkan rakyat yang terhimpit gelombang Varian Delta

Tentu besar harapan rakyat untuk Pakatan Harapan selaku pembangkang membawa suara kesusahan mereka.

Tapi harapan setinggi gunung ubah menjadi debu. Di dalam dewan yang sepatutnya sarat dengan suara rakyat, pembangkang jadi pembangang.

6 jam 45 minit aku perhatikan keperibadian mereka, katanya mahu bincang Pelan Pemulih dan isu berkaitan COVID-19.

Namun bak kata Hishamudin Rais dalam AWANI, 4 jam perbincangan tertumpu kepada undi tidak percaya dan hal teknikal berkaitan mesyuarat.

Nasib aku, kau dan kita-kita yang terkesan dengan wabak tak dibincangkan!

Apa bodohnya semua ni?

Isu peribadi ditegakkan, skrip isu rakyat dibakul sampah. Jerit-jerit buka parlimen hanya sandiwara jahat kehendak berkuasa.

Parlimen jadi sarkes lagi. Watak-watak superhero seperti Shah Alam The Monkeyman, Sepang The Great Tempang, Batu Kawan Super Pekak Women, Puchong The Great Baboon dan Bagan Si Nobita Dungu buat aku jadi mual.

Sebelum ini, nama-nama ini sibuk dengan kempen kerajaan gagal, tapi dalam parlimen, tidak dihujahkan melainkan jerit jerit berkehendakkan kuasa. Jelek!

Sebagai rakyat, aku menanti apakah kempen yang dibawa seperti #KerajaanGagal, #BenderaPutih dan #BenderaHitam diangkat oleh pembangkang dengan hujah yang ‘substance’ dan fakta?

Sebagai rakyat biasa, aku melihat banyak isu yang wajib diangkat. Kepada Ketua Pembangkang kayu, aku cadangkan lebih baik sekiranya kita membincangkan isu Varian Delta serta penyebaran pantas dan telah mengakibatkan angka jangkitan di US meningkat sehingga 25% dan di UK penambahan sejumlah 90% akibat varian ini.

Korang kena tahu, antara bandar besar dunia yang ambil langkah “Lock Down” untuk sekat Varian Delta seperti Malaysia ialah Sydney, Brisbane, Perth dan Darwin di Australia, New Zealand, Rusia dan Afrika Selatan.

Setakat hari ini menurut WHO, 95 buah negara terjejas dengan Varian Delta. Ini adalah isu pokok yang harus dibawa didalam sidang pada hari pertama!

Walaupun dunia telah keluarkan satu garis panduan melalui ‘Greek Latter’, sayangnya pembangkang di Malaysia tidak mengambil kesempatan panduan ini membantu rakyat.

Jujur, aku penat dengan cerita Port Dickson mahu jadi PM. Aku nak tanya, waktu begini, penting sangatkah tentukan siapa PM?

Apakah pentingnya kiraan undian demi naratif PH kearah PM tiada sokongan?

Apakah pentingnya menggunakan YDPA sebagai alat untuk mengiakan kononnya berlaku penderhakaan?

Sukar mana sekalipun, aku tengok PM tetap tenang menjawab dan memohon doa dan berusaha demi mencari jalan keluar demi kelangsungan kehidupan rakyat.

Masa ini, penilaian terhadap wakil rakyat pembangkang yang mencorak dan melihat keperluan sebenar dilihat gagal teruk. Pembangkang begini harus dihumban daripada menjadi wakil suara kita di parlimen. Sudahlah tak membantu, disusahkan kita lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: