Sejarah Perlu Dikenang

Jabatan Landskap Negara (JLN) ditubuhkan dengan matlamat mewujudkan Negara Taman melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan rakyat. Tujuan utama jabatan ini adalah untuk memastikan pembangunan landskap yang terancang dan berkualiti bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif.

Antara fungsi Jabatan Landskap Negara adalah merancang, menyelaras, melaksana dan mengawal selia pembangunan landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau dan kemudahan rekreasi negara. Selain itu, jabatan ini juga berfungsi untuk menjana pembangunan dan pengembangan industri landskap serta melaksana dan menyelaras aplikasi program penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan landskap.

Datuk Zuraida Kamaruddin menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2021 yang diadakan secara atas talian pada 2 March yang lalu

Sehingga hari ini, JLN telah banyak berusaha mempromosi dan menanam pokok teduhan dan juga spesies pokok terancam di taman-taman dan kawasan yang sesuai bagi meningkatkan tahap kehijauan, memupuk budaya kecintaan kepada landskap semula jadi bercirikan tropika serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan tanaman landskap tropika.

Namun begitu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga boleh menambah baik program yang dijalankan oleh Jabatan Landskap Negara seperti menambah monumen-monumen bersejarah di taman atau di tempat-tempat yang dikunjungi ramai. Hal ini demikian dapat menanam serta meningkatkan lagi sifat patriotik rakyat terhadap negara.

Oleh Anas Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: