40 ahli Parlimen BN teguh sokong kepimpinan Muhyiddin, kata TPM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini kekal mendapat sokongan penuh dari sekurang-kurangnya 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) walaupun banyak gesaan supaya beliau meletak jawatan diketuai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberikan jaminan tersebut selepas mempengerusikan perjumpaan bersama 40 orang ahli Parlimen, susulan kenyataan dari Istana Negara yang mendakwa Putrajaya tidak mengikut Perlembagaan ketika mengumumkan pembatalan ordinan-ordinan darurat.

Ismail berkata, ketika mesyuarat tersebut, ahli-ahli Parlimen akur dengan titah Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

“Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan ahli-ahli Parlimen BN itu diumumkan walaupun Zahid menggesa ahli-ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, sebuah gesaan yang turut disokong bekas perdana menteri Najib Razak. – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: