5,000 masyarakat Cina terima Bakul Ampang Prihatin sepanjang PKP 3.0

AMPANG, 29 JULAI : Sekitar 5,000 masyarakat Cina di sini telah menerima Bakul Ampang Prihatin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban akibat pandemik Covid-19.

“Kesan pandemik sangat besar hingga mengakibatkan sesetengah penduduk hilang pekerjaan, kesihatan terjejas dan terpaksa menjalani hidup dengan norma baharu.

“Oleh itu, amat penting untuk peruntukan parlimen difokuskan bagi membantu penduduk kesusahan buat masa ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Hantaran Facebook berkenaan turut memuatkan video serahan Bakul Ampang Prihatin kepada masyarakat Cina di Ampang.

Dalam video itu, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Zon 12, Eric Ng Kin Ling memuji usaha Zuraida sebagai satu inisiatif yang amat memberi manfaat kepada komuniti di kawasannya.

“Kami ingin berterima kasih kepada YB kerana melaksanakan serahan Bakul Ampang Prihatin sepanjang PKP 3.0.

“Kami harap bantuan sebegini akan diteruskan agar lebih ramai penduduk di bawah parlimen YB mendapat manfaat,” katanya. – PPI

kredit foto: Pejabat Parlimen Ampang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: