BPN bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara

Kuala Lumpur: Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, buat pertama kalinya juga, kerajaan turut membantu isi rumah M40 yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Katanya, bantuan BPN banyak memberi kelegaan kepada rakyat malah ada juga yang menggunakannya sebagai modal untuk berniaga kecil-kecilan.

“Kini, di bawah pakej Pemulih, kerajaan terus membantu rakyat kumpulan B40 dan M40 melalui tiga lagi program bantuan tunai iaitu Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan.

“Bayaran di dalam separuh kedua tahun 2021 di bawah ketiga-tiga program ini bernilai RM10 bilion.

“Insya-Allah, setiap bulan mulai bulan Julai hinggalah Disember, bantuan kerajaan adalah berterusan bagi mengurangkan kos sara hidup mereka,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat menikmati subsidi bahan api untuk pengisian petrol kenderaan, minyak masak dan tong gas LPG, di samping layak menikmati diskaun bil elektrik selama tiga bulan mulai bil bulan ini sehingga September nanti.

“Mungkin ramai yang tidak sedar, kerajaan juga menurunkan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi individu M40 serta had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Yusmizal Dolah Aling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: