Kempen Pemilikan Rumah diteruskan, manfaat kepada pembeli rumah pertama

KUALA LUMPUR, 29 JULAI : Kempen Pemilikan Rumah (HOC) akan diteruskan pada tahun 2021 kerana ia dilihat memberi manfaat besar kepada golongan muda, khususnya pembeli rumah pertama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, insentif HOC telah membolehkan pembelian rumah dijalankan melalui pengecualian duti setem ke atas instrumen pemindahan.

Malah, jelasnya, had pembiayaan pinjaman melebihi 70 peratus disediakan bagi memudahkan golongan muda membeli rumah.

“Golongan muda berumur antara pertengahan 20-an hingga akhir 30-an kini mewakili segmen terbesar pembelian hartanah dalam pasaran tempatan.

“Trend ini dijangka berkembang pada 2021 dan seterusnya, dengan pemaju dan ejen hartanah mula memahami dan memanfaatkan kelebihan kehadiran digital yang kukuh sebagai strategi jangka panjang,” katanya pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Malaysia 2021, pada 27 Julai lalu.

Kempen HOC yang mula diperkenalkan pada 2019 di bawah teraju Zuraida sebagai Menteri KPKT telah berjaya menjadi pemacu dan penggerak industri hartanah pada tahun lalu.

Justeru, insentif ini, katanya, perlu diteruskan bagi memastikan pasaran hartanah tempatan hari ini kekal berkembang dalam situasi ekonomi mencabar akibat pandemik Covid-19. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: