Kerajaan PN kekal dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 JULAI : Kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat sokongan majoriti, iaitu melebihi 110 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Perkara itu disampaikan oleh Ketua WHIP Kerajaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media sebentar tadi.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang masih bersama-sama Kerajaan pada hari ini.

“Justeru, saya harap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya.

Tengah hari tadi, negara dikejutkan apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita berkenaan pembatalan darurat yang diumumkan di sidang Parlimen tanpa perkenan baginda. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: