Teori Kamal Hatta: Jeritan dari Parlimen siri 2

Assalamualaikum! Jumpa lagi brader,

Semalam, 27 Julai 2021 parlimen Malaysia masuk hari kedua bersidang. Kali ini giliran KKM membentangkan perancangan jangka masa pendek dan panjang menangani COVID-19 – termasuklah isu varian Alpha/Delta dan isu viral doktor kontrak yang dibahaskan kira-kira 55 minit.

Tahniah kepada ketua pembangkang kerana memberi ruang kepada Dr. Sains Kuala Selangor untuk berhujah dan berdebat di dewan parlimen. Dengan gaya dan pengalaman 22 bulan sebagai Menteri KKM, hujahnya hebat seolah-olah kalau beliau sebagai Menteri KKM, mencicit lari virus COVID-19 pulang ke China.

Hebat berdebat dengan butir-butir fakta hanyalah sandiwara. Pekik jerit dari Shah Alam, Ipoh Barat, Batu Kawan, Sepang dan Bukit Gelugur menambahkan lagi drama sandiwara.

Kenapa aku kata mereka sandiwara?

Aku nak share sikit dengan semua pembaca, kenyataan Kuala Selangor ada yang tidak tepat berkaitan Hartal Doktor Kontrak. Kalau kita ingat lagi, pada 8 November 2019, Pakatan Harapan menegaskan tidak menjamin pegawai perubatan siswazah ditawarkan lantikan tetap dan juga menolak elaun kritikal para doktor, sumber Free Malaysia Today.

Malangnya, hari ini Hartal Doktor Kontrak ini telah ditunggang demi kepentingan politik pembangkang seperti mana #BenderaPutih, #KerajaanGagal dan juga #BenderaHitam.

Aku naik syok ketika Dr Kuala Selangor memetik nama Dr Mohd Arshil Moideen dalam ucapan 55 minit. Ya, benar Dr Mohd Arshil Moideen mengkritik kerajaan berkaitan SOP yang kerap berubah dan hal ini aku setuju. Namun, Kuala Selangor gagal membuktikan kerajaan negeri Selangor mengurus COVID-19 lebih baik dari kerajaan pusat.

Selain dari menyangkal dan mengkritik langkah yang dijalankan kerajaan pusat, Task Force Negeri Selangor berkebolehan memberi alasan yang menarik lagi kreatif untuk terus gagal. Apabila kes di Selangor naik mencanak, Task Force ini memberi sebab tiada data menyebabkan kes meningkat.

Kah Kah Kah.. Seorang mantan Menteri Kesihatan beranggapan kes COVID-19 meningkat naik kerana mereka tidak mempunyai data. Wabak bukan algoritma matematik, COVID-19 bukan gugusan statistik lagi-lagi setelah Malaysia menerima vaksin. Kuala Selangor gagal faham isu pandemik dan juga sporadik, sebagaimana gagalnya dia faham anak muda tonton bola di mamak tanpa rokok.

Jangan kata negeri pembangkang susah untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat. Aku perhatikan, kerjasama dan penyelarasan gerak kerja antara kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan pusat sangat cun melecun. Kerjasama dua kerajaan beraliran kem ini berkesan, sehingga dapat membendung penularan COVID-19.

Apabila penularan dapat dibendung, kita nak makan nasi kandar pun senang hati. Ingat, Varian Delta bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Namun kerjasama yang ditunjukkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat membolehkan masyarakatnya terus sihat dan menjalankan aktiviti ekonomi.

Dr Kuala Selangor sekali lagi menunjukkan aksi kurang bijak Task Force yang dikendalikannya. Katanya, kegagalan sistem Swab tidak bersasar yang dicadangkan oleh MB Selangor gagal. Kemudian, sistem swab bersasar digunakan. Tindakan flip flop ini mengundang padah. 100,000 swab yang dilaksanakan kerajaan negeri, hanya 3400 didapati positif. Soalan aku, apa signifikan swab ini dilakukan?

Adalah lebih baik kita gunakan peruntukan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat dan sekiranya kos swab test RM 100 per individu, maka kerajaan negeri telah berbelanja RM10 Juta untuk tujuan ini. Siapa yang rugi? Dan inilah yang aku katakan tadi, flip flop mengundang padah.

Aku juga tertarik dengan soalan Kota Raja berkaitan dengan keabsahan Ivermectin di dalam merawat COVID-19. Dr Kuala Selangor sekali lagi menggunakan jurus taichi kepada Menteri KKM berkenaan status ubat tersebut.

Sebenarnya, dalam diam Dr Kuala Selangor setuju dengan kenyataan KKM dimana ianya harus dikaji secara klinikal dan ditunggu sedikit masa lagi. Namun apabila sesi jawapan Menteri, pembangkang perlu menyalak untuk dilihat buat kerja. Salak menyalak ahli parlimen PH bertambah kuat, walaupun tidak ada seorang pun yang bertaraf doktor yang berkelayakan mengabsahkan Ivermectin sebagai alternatif kepada COVID-19.

Kepada Dr Kuala Selangor, “nothing too late for reform, but yet we need to start with honesty”. Chow!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: