Budaya Lambang Jati Diri

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau lebih dikenali sebagai PLANMalaysia ditubuhkan dengan tujuan untuk memacu perancangan pembangunan negara melalui perancangan spatial yang komprehensif dan inovatif demi kesejahteraan masyarakat. PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah adalah sempurna.

Setiap negeri masing-masing mempunyai jabatan perancangan bandar dan desa yang bergerak atas misi yang sama, iaitu bagi memacu perancangan fizikal negeri melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat.

Walaupun telah banyak usaha dilakukan oleh PLANMalaysia setiap negeri dalam membangunkan bandar dan desa, namun alangkah baiknya jika Kampung Budaya seperti yang terdapat di Sarawak, iaitu Kampung Budaya Sarawak diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Hal ini demikian kerana, Malaysia terkenal dengan penduduk berbilang bangsa dan mewah dengan budaya yang menjadikannya sebagai sebuah negara yang unik.

Oleh itu, dengan mewujudkan kampung budaya di setiap negeri, kita bukan sahaja memelihara budaya supaya dapat dikenali oleh generasi akan datang malah kita dapat menjadikannya sebagai tarikan pelancong untuk datang merasai keunikan negara kita. – PPI

Oleh: Anas Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: