Perlu kontena simpan mayat

ALOR SETAR: Dua hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19 yang semakin meningkat sejak akhir ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata hospital itu adalah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, di sini.

“Peti mayat di hospital berkenaan sentiasa penuh, jadi kita memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kedah mencatatkan kes ketiga tertinggi COVID-19 selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah 1,281 kes hari ini, berbanding semalam 1,212 kes.

Dr Othman berkata, penggunaan katil bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah mencapai tahap 95 peratus di semua hospital di negeri itu,

“Tidak semua pesakit COVID-19 dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia (alat pernafasan) masih mencukupi kerana tidak semua pesakit memerlukannya.

“Bagi menampung kes pesakit COVID-19 yang semakin tinggi, kita memberi keutamaan merawat pesakit kategori empat dan lima di hospital, manakala kategori lain di hantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),” katanya. – BH ONLINE

 oleh Noorazura Abdul Rahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: