Politik khidmat jadi sandaran, lebih 1000 komuniti India di Ampang dapat bantuan

AMPANG, 30 JULAI : Bersandarkan politik khidmat merentasi parti, kaum dan agama, lebih 1000 ahli komuniti India di Ampang menerima Bakul Ampang Prihatin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, apa yang paling mustahak dalam berkhidmat adalah untuk memastikan segala bantuan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran.

“Saya amat berterima kasih kepada semua petugas dan wakil masyarakat di Parlimen Ampang, yang membolehkan lebih 1000 komuniti India menerima Bakul Ampang Prihatin sepanjang PKP 3.0.

“Malah, mereka ini bertindak sebagai penyampai dan memaklumkan kepada saya tentang jenis bantuan apa yang paling sesuai untuk diberi kepada komuniti, khususnya golongan B40.

“Saya harap dengan usaha keras semua pihak ini, seluruh penduduk Ampang yang kesusahan dapat dibantu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Hantaran Facebook berkenaan turut memuatkan video serahan Bakul Ampang Prihatin kepada masyarakat India di Ampang.

Dalam video itu, Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Zon 6, Dr. Thiruyanasambanthar berkata, segala sumbangan telah diagihkan kepada seluruh komuniti India di Ampang yang tergolong dalam kumpulan B40.

“Pada masa sama, kami juga membawa apa juga permasalahan komuniti India di sini kepada perhatian YB untuk diselesaikan. Contohnya seperti sumbangan kesihatan, bantuan barangan bayi, kanak-kanak dan untuk warga emas.

“Semua ini telah pun YB laksanakan.

“Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih kepada YB Zuraida kerana keprihatinan beliau terhadap komuniti India,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: