Sydney lanjut sekatan COVID-19 empat minggu lagi

SYDNEY: Bandar ini melanjutkan sekatan pergerakan selama empat minggu lagi bermula semalam ketika Australia terus bergelut menangani pandemik COVID-19.

Ini susulan perintah larangan keluar rumah yang sudah lama diperkenalkan masih gagal membendung penularan coronavirus, mendorong pihak berkuasa memberi amaran akan bertindak lebih tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan.

Mengikut jadual asal, Sydney sepatutnya keluar daripada sekatan pergerakan yang dirancang dalam masa tiga hari, meskipun jumlah kes masih tinggi akibat penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit mula dikesan bulan lalu.

Namun, bandar dengan lima juta penduduk itu dan pusat wilayah berjiran merangkumi pinggir laut sepanjang 200 kilometer (km) kini diberitahu jangan keluar rumah sehingga 28 Ogos ini.

Negeri New South Wales, di mana ibu kotanya Sydney terletak, melaporkan 177 kes baru kelmarin berbanding 172 kes pada hari sebelumnya.

Ia adalah kenaikan tertinggi sejak seorang pemandu lapangan terbang yang tidak memakai pelitup dan tidak divaksinasi mencetuskan penularan terkini.

Negeri itu juga melaporkan kematian seorang wanita berusia 90-an tahun, iaitu kes kematian ke-11 dalam penularan varian Delta.

Sekurang-kurangnya 46 kes baru itu membabitkan individu yang aktif dalam masyarakat sebelum didiagnosis, sekali gus meningkatkan kemungkinan penularan.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa penularan dalam kalangan masyarakat yang aktif mesti hampir sifar sebelum peraturan boleh dilonggarkan.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata beliau juga kecewa sama seperti penduduk negeri itu kerana tidak dapat mengurangkan jumlah kes seperti yang mereka mahukan.

“Sehubungan itu, polis akan mempertingkat penguatkuasaan peraturan penjarakan sosial dan menggesa orang ramai melaporkan kesalahan yang disyaki.

“kita tidak boleh bersabar dengan orang yang masih terus melakukan perkara salah kerana kesannya menghambat kita semua.

“Dalam satu kes, upacara berkabung dihadiri 50 orang yang melanggar peraturan sekatan pergerakan telah menyebabkan 45 kes jangkitan muncul,” katanya.

Lanjutan sekatan pergerakan itu, yang pada awalnya dikatakan ‘hanya sekejap’ di bandar paling ramai penduduk di Australia itu kini menjadi salah satu sekatan paling lama negara itu sejak permulaan pandemik COVID-19.

Ia juga dikhuatiri boleh mencetuskan kemelesetan kedua ekonomi nasional AUD$2 trilion (RM6.2 trilion) dalam dua tahun, menurut pakar ekonomi.

Untuk mengurangkan kesan ekonomi, kerajaan New South Wales berkata ia akan menarik balik larangan terhadap pembinaan tidak dihuni di sebahagian besar Sydney.

Namun, ia memperluaskan senarai kawasan kerajaan setempat dalam bandar di mana larangan itu akan dikekalkan disebabkan kes COVID-19 di situ. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: