Peserta demonstrasi berkumpul di LRT Masjid Jamek

Kuala Lumpur: Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan.

Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.

Semalam, Harian Metro melaporkan satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi. -HARIAN METRO

oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: