Vaksinasi bukan alasan abai langkah pencegahan

Penularan dan jangkitan COVID-19 semakin meningkat dengan kadar amat membimbangkan di negara ini. Sehingga kini, kadar jangkitan Malaysia sudah melebihi 1 juta kes dengan 8,725 kematian.

Namun dengan adanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), diharapkan kadar keberjangkitan dapat diturunkan. PICK berjalan sejak awal tahun ini dengan peratusan divaksin sekurang-kurangnya satu dos meningkat secara mendadak sejak Jun lalu.

Namun, ramai masih tertanya-tanya apakah hidup boleh kembali seperti biasa setelah vaksin diambil.

Buat masa ini, keadaan pandemik masih tidak stabil kerana COVID-19 kerana virus itu masih banyak perlu kita dipelajari. Terkini, varian Delta didapati amat senang merebak hingga kes harian melebihi 17,000, menyebabkan langkah pencegahan masih perlu walaupon seseorang sudah divaksin.

Di samping itu, disebabkan ramai masih tidak lengkap dua dos vaksin, langkah berjaga-jaga perlu untuk mengurangkan risiko dijangkiti. Pandemik berpanjangan ini juga mungkin menyebabkan ramai mula lalai dan tidak lagi menjalankan langkah pencegahan penularan virus.

Bagaimanapun, strategi untuk menghentikan atau mengurangkan penularan COVID-19 disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dengan memastikan pemakaian pelitup muka, jarak fizikal dan kerap membersihkan tangan selagi imuniti kelompok tidak dicapai.

Kajian ringkas daripada Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membabitkan 2,558 rakyat Malaysia pada tahun lalu menunjukkan masih ramai kurang mengikuti kaedah pencegahan disarankan.

Pelitup muka dapat mengurangkan risiko pemindahan virus daripada titisan pernafasan, tetapi hanya 89 peratus mengaku bahawa mereka selalu memakai pelitup muka ketika keluar.

Penjarakan fizikal juga dapat menurunkan risiko titisan pernafasan daripada satu individu kepada individu lain diminimumkan. Namun hanya 57 peratus orang didapati mematuhi peraturan jarak fizikal satu meter.

Selain itu, kerap membasuh tangan juga adalah penting untuk memastikan pemindahan virus dihadkan. Malangnya, hanya separuh daripada peserta kajian mengakui selalu membersihkan tangan apabila keluar.

Harus diingatkan juga langkah pencegahan COVID-19 ini adalah lebih berkesan jika dilakukan serentak.

Sehingga imuniti kelompok dengan pengunaan vaksin dicapai, langkah pencegahan perlu diteruskan. Keperluan mencapai imuniti kelompok apabila majoriti orang ramai divaksin perlu untuk memastikan keberjangkitan dan kadar jangkitan teruk dikurangkan.

Keberkesanan mencapai imuniti kelompok terbukti dengan penggunaan vaksin untuk penyakit virus seperti vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR).

Jangkitan seperti measles jarang didengari dan jika ada hanya membabitkan mereka mempunyai imuniti rendah, dengan hanya menunjukkan gejala ringan. Keadaan seperti inilah cuba dicapai dengan penggunaan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, sikap sebahagian tidak mematuhi langkah pencegahan masih membimbangkan, sekali gus berpotensi menyumbang lonjakan kes.

Bagi mereka yang sudah mendapat vaksin, peringatan tetap perlu diberikan agar langkah pencegahan diteruskan untuk memastikan penularan COVID-19 dapat diatasi hingga imuniti kelompok dicapai. – BH ONLINE

Penulis adalah Pensyarah Kanan Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: