Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut kelihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan utama ke Parlimen ditutup dengan diletakkan penghadang bagi mengelakkan kemasukan orang ramai ekoran Sidang Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.

Malah beberapa jalan utama menuju ke bangunan Parlimen ditutup sehingga berlaku kesesakan kecil di sekitar Jalan Parlimen. – UTUSAN ONLINE

oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: