Penerjun ke-4 terbaik dunia, Zuraida ucap tahniah kepada Dhabitah

KUALA LUMPUR, 2 OGOS : Biarpun tanpa pingat, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri telah menunjukkan aksi terbaiknya dengan menduduki tempat keempat dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita Olimpik Tokyo 2020.

Prestasi menakjubkan Dhabitah itu turut mendapat ucapan tahniah dan pujian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, layak ke final dan berada di tempat keempat dalam sukan berprestij dunia adalah satu kejayaan yang perlu dibanggakan.

“Walaupun terlepas peluang meraih pingat pada acara tersebut, namun saya amat berbangga kerana Nur Dhabitah telah menunjukkan prestasi cemerlang yang secara tidak langsung membanggakan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Saya percaya anda telah melakukan yang terbaik dan rakyat Malaysia juga berbangga dengan pencapaian itu,” katanya.

Zuraida turut menekankan bahawa atlet negara yang berusia 22 tahun itu masih muda dan berpotensi membawa lebih banyak kejuaraan selepas ini.

“Ia adalah satu permulaan dan perjalanan anda masih jauh, semoga lebih banyak kejayaan bakal dilakar di masa akan datang,” katanya.

Dhabitah di Pusat Akuatik Tokyo semalam hampir menghadiahkan kalungan pingat buat kontinjen negara apabila menduduki tempat keempat daripada 12 atlet yang bertanding dalam pusingan akhir.

Penerjun yang sedang menempa nama itu berjaya mengumpul 326.15 mata, hanya ketinggalan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer. – PPI

kredit foto: Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: