Dakwaan NGO Islam tak dibenarkan urus jenazah Covid-19 tidak berasas

Shah Alam: Dakwaan serta tuduhan sesetengah pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghalang mereka terbabit dalam pengurusan jenazah pesakit Covid-19 adalah tidak berasas.

Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jabatan itu sudah menjalin kerjasama berterusan dengan lebih lapan NGO Islam dengan kekuatan lebih 130 sukarelawan yang terbabit secara langsung dalam pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

“Jais amat menghargai sumbangan semua NGO Islam berkenaan yang sudah mengendalikan dengan baik pengurusan 2,071 jenazah pesakit Covid-19 sejak Januari 2021.

“Perlu diingatkan sebarang ketetapan dan pendekatan yang diambil dan dilaksanakan oleh Jais adalah untuk kepentingan umat Islam seluruhnya.

“Dalam konteks ini, ia dibuat bagi menjaga kepentingan semua pihak termasuk pihak hospital, petugas, sukarelawan, keluarga atau waris, agensi dan pihak-pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jais membuat keputusan untuk meneliti, menilai serta menstruktur semula peranan dan pembabitan NGO Islam dalam mengurus jenazah pesakit Covid-19 selepas beberapa isu dan masalah berbangkit membabitkan pihak itu.

Katanya, ia termasuk kes ‘limpahan’ jenazah di beberapa hospital negeri ini yang tular sebelum ini.

Mohd Shahzihan berkata, NGO Islam memberi sumbangan besar dalam pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan pembabitannya tetap diselaras, dipantau dan dibantu sesuai dengan tanggungjawab Jais sebagai agensi yang mengurus hal ehwal Islam di Selangor.

“Mana-mana NGO Islam yang berhasrat untuk bersama kami dipelawa menyertai rakan NGO lain sedia ada untuk bersama menunaikan tuntutan fardu kifayah dengan syarat sanggup mematuhi syarat dan kod etika yang ditentukan oleh pihak Jais.

“Selain daripada itu, NGO Islam yang diiktiraf hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan prinsip hukum syarak, khidmat bakti dan mengutamakan kepentingan umum,” katanya.

Jelasnya lagi, jabatan itu komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang mengenepikan kepentingan umum dan mengeksploitasi keadaan genting ini untuk kepentingan lainnya. – HARIAN METRO

oleh Norzamira Che Noh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: