Dr Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri hari ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dia merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi peluang kepada dirinya berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta pimpinan Umno yang mencadangkan namanya sebagai menteri sebelum ini. – HARIAN METRO

oleh Yusmizal Dolah Aling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: