Zahid isytihar cukup SD ahli Parlimen Umno untuk tumbangkan Muhyiddin

Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini mengatakan ia memilliki surat akuan bersumpah yang cukup daripada ahli-ahli Parlimennya untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, mengatakan perdana menteri sudah hilang majoriti untuk kekal berkuasa.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media hari ini berkata surat akuan bersumpah (SD) tersebut akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Surat akuan ahli-ahli Parlimen Umno yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin sebagai perdana menteri telahpun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan,” kata Zahid dalam sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Mohamad Hasan dan penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas presiden Najib Razak.

Zahid berkata penambahan akuan sumpah ahli-ahli Umno yang lain akan diserahkan kepada Agong dalam sesi mengadap akan datang.

Zahid turut berkata Umno berpandangan keputusan Muhyiddin untuk membahaskan ordinan darurat pada September menyanggahi titah Agong. – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: