Alam Sihat, Masyarakat Selamat

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara atau JPSPN adalah jabatan yang menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif. Jabatan ini sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan.

Antara tujuan JPSPN ini ditubuhkan adalah untuk memastikan kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga di samping memainkan peranan sebagai institusi yang bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Fungsi utama jabatan ini adalah mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Selain daripada melupuskan sisa pepejal bagi menjaga kebersihan negara, JPSPN juga boleh menjadikan sisa pepejal tersebut untuk menghasilkan sumber tenaga. Dalam hal ini, kita boleh mencontohi negara-negara yang telah lama melancarkan loji sisa-ke-tenaga seperti Dubai, Jepun, Singapura dan banyak lagi.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia juga ada memproses gas metana daripada sisa pepejal kepada sumber tenaga elektrik dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum disalurkan ke kawasan-kawasan perumahan. Namun, sebaiknya, inisiatif ini dilaksanakan di setiap negeri bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan pemanasan global.

oleh Anas Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: