Kedah laksana pengebumian berpusat bagi jenazah pesakit Covid-19

Alor Setar: Kerajaan negeri melaksanakan pengebumian mangsa Covid-19 secara berpusat bermula di Kuala Muda, bagi mempercepatkan proses itu yang sebelum ini mengambil masa agak lama.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah dibuat susulan peningkatan kematian di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani yang ketika ini mencecah 12 jenazah sehari, berbanding lima sebelum ini.

Jelasnya, berikutan itu tanah perkuburan di 75 kariah sekitar Kuala Muda dipilih secara bergilir setiap hari untuk menjadi lokasi pengebumian mangsa Covid-19 supaya jenazah dapat disemadikan dengan cepat dan proses lancar.

“Kita mengalami kekurangan petugas dan hanya ada tiga inspektor kesihatan di Kuala Muda. Mengikut prosedur, mangsa Covid-19 perlu dikebumi antara lapan hingga 12 jam selepas meninggal, namun ada jenazah yang lewat dikebumi sehingga 20 jam.

“Ini kerana petugas terpaksa mengurus jenazah untuk dihantar ke tempat jauh mengikut kehendak waris yang mahu ahli keluarga dikebumi di kampung masing-masing.

“Akibatnya jenazah lain tertangguh dan mayat ditinggalkan di bilik mayat,” katanya pada sidang media secara dalam talian di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, pelaksanaan pengebumian berpusat dijangka turut dilaksana di Kota Setar selepas ini, berikutan kematian pesakit Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) didapati semakin meningkat.

“Jadi selepas ini orang ramai tidak boleh pilih tanah perkuburan dan anak kariah serta waris diharap reda dengan keputusan ini bagi membolehkan petugas hanya ke satu lokasi pengebumian setiap hari.

“Langkah ini juga selaras tuntutan syarak dan fardhu kifayah yang menetapkan kita yang hidup menyegerakan pengebumian jenazah saudara kita yang meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersetuju menyumbang satu kontena peti sejuk beku kepada HSAH bagi kegunaan menempatkan jenazah mangsa Covid-19. – HARIAN METRO

oleh M Hifzuddin Ikhsan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: