Keluarga Palestin dipaksa bayar ‘sewa’ untuk rumah sendiri

BAITULMAQDIS: Regim Yahudi ingkar keputusan mahkamah Israel menangguhkan pengusiran penduduk Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan memaksa mereka membayar sewa.

Israel syorkan empat keluarga Palestin yang mengemukakan petisyen membantah pengusiran sebelum ini supaya mengiktiraf tanah mereka duduki itu sebenarnya milik syarikat perumahan Yahudi.

Selain itu, 70 penduduk dari empat keluarga itu dipaksa membayar sewa untuk rumah sendiri kepada syarikat berkenaan sekiranya mereka masih ingin menetap di Sheikh Jarrah.

Di bawah pelan mahkamah Israel, penduduk Palestin di Sheikh Jarrah akan kekal sebagai ‘penyewa dilindungi’ dan tidak boleh diusir selagi mereka membayar sewa kepada syarikat Yahudi yang mendakwa tanah itu adalah milik nenek moyang mereka.

Mahkamah rendah Israel sebelum ini meluluskan pengusiran keluarga Palestin dari Sheikh Jarrah dengan memutuskan kediaman mereka dibina atas tanah yang dimiliki orang Yahudi sebelum Israel dibangunkan pada 1948.

Namun, penduduk Palestin membantah rancangan itu sebagai tidak adil dan terus menuntut hak mereka terhadap tanah di Sheikh Jarrah.

Seorang penduduk, Muhammad el-Kurd, mendakwa regim Zionis memberi tekanan untuk memaksa mereka mencapai persetujuan itu.

“Kami dipaksa menyewa sekiranya ingin terus tinggal di Sheikh Jarrah sedangkan ini adalah tanah milik Palestin, sudah tentu kami menolak cadangan tidak masuk akal ini,” katanya.

Peguam mewakili semua keluarga Palestin terbabit, Sami Irshaid, turut menolak tuntutan Israel terhadap tanah di Sheikh Jarrah dan berharap persetujuan mengenai isu berkenaan dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

“Tujuan utama perjuangan ini adalah untuk memastikan penduduk Palestin tidak diusir dari tanah sendiri dan mereka tidak kehilangan rumah,” katanya.

Kes itu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sebelum ini kerana mencetuskan konflik 11 hari antara Israel dan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza pada Mei lalu.

Penduduk Palestin menegaskan tanah di Sheikh Jarrah adalah milik mereka dan mendapat jaminan dari Jordan.

Selain itu, mereka juga melihat kes yang berlaku ketika ini sebagai sebahagian usaha penduduk Yahudi untuk merampas kediaman mereka di Baitulmaqdis.

Pada 2003, tanah di Sheikh Jarrah didakwa dibeli oleh sebuah syarikat Yahudi yang bercadang untuk membangunkan kawasan itu sebagai penempatan mereka. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: