Mohamed Khaled letak jawatan Pengerusi Boustead

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad, berkuat kuasa esok.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan ketetapan UMNO untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa Khamis, 5 Ogos 2021.

“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Berita lanjut menyusul. – BH ONLINE

oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: