Polis buka kertas siasatan MP berhimpun, berarak

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, semalam susulan 206 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung perhimpunan itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan dijalankan mengikut kesalahan Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021(P.U.(A) 293.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Dalam hal ini, kita akan memanggil individu yang terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Sehubungan itu, kita minta semua individu yang terbabit dalam perhimpunan itu untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum pada 31 Julai lalu, Setiausaha Dewan Rakyat mengemukakan pemberitahuan kepada Ahli Dewan Rakyat yang Persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat semalam, ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditetapkan kelak.

“Penangguhan ini selaras cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan terbaru penularan jangkitan COVID-19 yang mana KKM berpendapat Parlimen Malaysia adalah lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan,” katanya.

Susulan itu, katanya PDRM kelmarin, menerima maklumat satu perhimpunan akan diadakan di kawasan Parlimen pada 2 Ogos (semalam).

“Mengambil kira pada tarikh berkenaan tiada sidang Parlimen berlangsung kerana sidang ditangguhkan dan tiada kewajaran untuk Ahli Dewan Rakyat berada di Parlimen, maka PDRM mengambil langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perhimpunan daripada diadakan.

“Tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021(P.U.(A) 293 bertarikh 4 Julai lalu di mana berhimpun dan berarak adalah aktiviti yang dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya. – BH ONLINE

oleh Nor Azizah Mokhtar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: