Waste To Art ketengah potensi barangan terpakai

Pertandingan Waste to Art yang diperkenalkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) sejak tahun 2016 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai potensi barangan terpakai dan kitar semula sebagai suatu yang bernilai dan berharga, terutamanya melalui medium seni.

Inisiatif selaras Dasar Kebersihan Negara di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Balai Seni Negara bagi meningkatkan kepakaran serta kreativiti dalam industri kreatif. Selain itu, usaha ini dilihat mampu mempromosikan kesedaran serta penghargaan seni yang dihasilkan daripada sisa pepejal.

Penyertaan yang diterima saban tahun semakin meningkat. Tahun lalu, dengan mengangkat tema “The Miracle Touch”, Pertandingan Waste To Art telah berjaya mengumpul penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 363 penyertaan.

Jangan lepaskan peluang, sertai Pertandingan Waste to Art 2021 yang mengangkat tema ‘The Awaken Legend’. Imaginasi dan sentuhan kreatif anda terhadap sisa kitar semula boleh diolah bagi menghasilkan suatu produk baharu yang bernilai tinggi.

Tahun ini, karya seni yang dipertandingkan boleh dikomersialkan dan hasil jualan karya tersebut boleh disalurkan ke Tabung Rayuan Palestin atau mana-mana tabung bantuan kemanusiaan pada masa-masa akan datang.

Layari https://www.swcorp.my/wastetoart untuk maklumat lanju

oleh HAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: