Bagai aur dengan tebing, PKN dan Bomba bersatu hati laksana ibadah korban

Kerjasama erat di antara Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Kapar bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Balai Kapar terus diperkukuh dengan kebersamaan menjalankan Ibadah Korban di perkarangan balai bomba, Aidiladha lalu.

Dengan menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kolaborasi antara dua entiti di bawah naungan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini terus disemai dan memberi kebaikan terutamanya kepada komuniti sekitar.

Berbekalkan pengalaman bersama mengendalikan acara tersebut bagi tahun kedua, aktiviti korban seperti menumbangkan lembu, menyembelih, melapah dan membungkus berjaya dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik.

Sebanyak 4 ekor lembu selesai dilapah dan dibungkus sekitar jam 12.00 tengah hari. Lebih 300 bungkusan daging terus diedar kepada penerima yang dikenalpasti terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan sekitar Parlimen Kapar melibatkan tiga Dun iaitu Sementa, Meru dan Selat Klang.

Selaras objektif Dasar Komuniti Negara yang diperkenalkan menterinya, YB Datuk Zuraida Kamaruddin, kerjasama strategik antara pelbagai sektor perlu dipupuk demi membangunkan sesebuah komuniti.

Usahasama sebegini turut subur digerakkan oleh PKN di seluruh negara dalam mendaya upaya komuniti, khususnya dalam kalangan golongan B40 yang akhirnya berjaya membawa perubahan positif terhadap komuniti sasaran. – PPI

oleh HAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: