Notis NFA punca guru lelaki tidak didakwa dalam kes gurauan rogol

SUNGAI BULOH: Guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan, seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata pihaknya menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Difahamkan, susulan notis NFA daripada Timbalan Pendakwa Raya itu, tiada sebarang tindakan perundangan dikenakan ke atas guru lelaki berkenaan.

Media pada 24 April lalu, melaporkan seorang guru pendidikan jasmani sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Susulan tindakan itu, seorang pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan mendakwa, guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan orang ramai.

Bagaimanapun pelajar terbabit berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab menerusi ciapan di Twitter, berkata keluarganya menerima surat tuntutan dikemukakan guru terbabit menerusi Tetuan Rasshidi Ema & Yung. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: