Pandelela layak ke final

Kuala Lumpur: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong terus menghidupkan peluang untuk memburu pingat di Olimpik Tokyo apabila layak ke final acara 10 meter (m) platform individu wanita, petang ini.

Penerjun berusia 28 tahun itu melakukannya selepas muncul 12 penerjun terbaik daripada 18 yang bertanding pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pandelela menduduki tempat ketujuh selepas mengumpul 315.75 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo.

Prestasinya dilihat lebih meyakinkan berbanding aksi pusingan awal semalam apabila menduduki tempat ke-18, kedudukan terakhir untuk layak ke separuh akhir.

Dua penerjun China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi terlalu unggul apabila menduduki tempat pertama dan kedua dengan masing-masing mengumpul 415.65 dan 407.75 mata.

Sejak tampil di pentas Olimpik, Pandelela tidak pernah mengecewakan apabila meraih gangsa dalam acara sama di London 2012.

Dia kemudian memenangi pingat perak acara 10m plaftorm seirama bersama Cheong Jun Hoong lima tahun lalu di Rio.Pandelela satu-satunya harapan untuk menghadirkan pingat bagi acara terjun selepas kesemua atlet terjun negara sudah menamatkan kempen mereka di Tokyo. – HARIAN METRO

oleh Saiful Affendy Sapran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: