Saya tak rasuah, ugut Syed Saddiq, kata Wan Fayhsal

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menafikan dakwaan menawar atau mengugut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya kembali kepada parti itu dan menyokong kerajaan sedia ada.

Wan Ahmad Fayhsal bagaimanapun, mengesahkan berjumpa Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini, namun pertemuan berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan persahabatan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang tohmahan yang dilontarkan kepada saya. Saya tidak membuat apa-apa tawaran atau ugutan. Ini tidak benar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa kes mahkamah yang sedang dihadapi ‘direka’ adalah tidak berasas kerana laporan polis yang membawa kepada kes ini dibuat oleh Syed Saddiq sendiri.

“Sekiranya beliau yakin bahawa beliau tidak bersalah, mahkamah adalah forum terbaik untuk membuktikan kebenaran ini.

“Saya ingin mengesahkan bahawa terdapat pertemuan antara kami berdua baru-baru ini. Saya menganggap YB Syed Saddiq sebagai sahabat, adik dan rakan seperjuangan.

“Idea yang saya bawakan adalah mengetepikan perseteruan politik dan menggembleng semangat penyatuan anak muda demi membina semula negara secara bersama.

Dalam ciapan di Twitter, Wan Ahmad Faysal, beliau tidak mendakwa Syed Saddiq menyeleweng dana Bersatu.

“Duit Armada kena sapu, sampai kena charge CBT, AMLATFPUAA. ‘financial record’ tak buat. Penerangan hancur. ‘Governance’ ke laut. Kepemimpinan baru naik tak ada apa-apa dokumen ditinggalkan. Bila budak tak habis belajar diberi amanah, mmg (memang) hancur organisasi!” katanya.

Namun, Syed Saddiq membuat ciapan balas, menyatakan jika dirinya cukup jahat mencuri duit Armada, “kenapa datang jumpa saya sebelum saya didakwa untuk sokong Perdana Menteri?”

“Truth will prevail (kebenaran pasti menang),” catat Syed Saddiq, semalam.

Katanya, beliau turut secara sinis menyindir Wan Ahmad Fayhsal dengan mengatakan,”enjoy your “surat sokongan” while it last (Berseronoklah dengan “surat sokongan” selagi sempat).

“Surat sokongan” merujuk janji dibuat Wan Ahmad Fayhsal ketika berkempen bertanding jawatan Ketua Pemuda Bersatu, tahun lalu. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: