85 kes Covid-19 dikesan di Parlimen

KUALA LUMPUR, 6 OGOS : Sebanyak 85 kes positif, dengan enam daripadanya berpotensi daripada varian Delta telah dikesan di Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 56 kes dikenal pasti melalui saringan sebelum Sidang Khas Dewan Rakyat dan empat lagi kes kontak rapat.

17 kes lagi dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung, termasuk lima kes baharu yang dilaporkan antara 30 Julai hingga 5 Ogos lalu serta tiga kes kontak rapat.

Lapan kes lagi adalah melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Negara.

“Setakat ini, enam sampel yang berkemungkinan besar varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu kemungkinan besar menjadi penyebab utama penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen.

Sehubungan itu, katanya, KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif Covid-19, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana mereka masih dalam tempoh inkubasi. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: