Kekal sokong PN, Muhyiddin ucap penghargaan kepada Ahli Parlimen BN

KUALA LUMPUR, 6 OGOS : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sokongan ini, katanya, turut menunjukkan kesemua ahli parlimen itu bersetuju keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri harus ditentukan pada bulan September dalam usul undi percaya, selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lalu.

“Saya berharap agar pendirian Ahli-Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini, dan memberi ruang kepada Kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani Covid-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai 31 ahli parlimen daripada UMNO dan BN tadi mengumumkan pendirian untuk terus bersama kerajaan PN bagi memfokuskan kepada situasi pandemik Covid-19.

Pendirian ahli parlimen itu dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang turut dihadiri 21 Ahli Parlimen UMNO dan BN, manakala 10 ahli parlimen lain tidak hadir kerana urusan tugas. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: