“Zuraida cuma perjelas dari konteks akademik dan prosedur, bukan biadap”

KUALA LUMPUR, 6 OGOS : Penjelasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam rancangan temubual ‘Consider This: Parliament – Constitutional Crisis Resolve?’ mengenai pembatalan ordinan darurat, cumalah berdasarkan konteks akademik dan prosedur serta bertepatan dengan tema rancangan tersebut.

Memetik artikel bertajuk ‘Benarkah Zuraida Biadap kepada YDPA’ yang dikeluarkan Suara.tv semalam, penulis bergelar Lela Rentaka itu menyatakan, penjelasan Zuraida adalah semata-mata merujuk pada proses dan tidak ada mana-mana perkataan yang menunjukkan kebiadapan beliau terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

“Jadi, kecaman yang dilontarkan kepada beliau adalah suatu perkara yang tidak patut dibuat oleh mana-mana pihak,” tulisnya.

Penulis itu turut merangkumkan keseluruhan transkrip temubual dalam artikel, serta membuktikan bahawa pengacara, Melisa Idris dan Sharaad Kuttan sengaja bertanyakan soalan-soalan ‘panas’ bernada provokasi kepada Zuraida.

“Ia amat berbeza dengan soalan-soalan yang diberikan kepada YB Yeo Bee Yin dan YB Isnaraissah Munirah yang turut ditemubual selepas YB Datuk Hajah Zuraida dalam rancangan yang sama.

“Soalan yang diberikan kepada dua orang YB pembangkang ini amatlah ‘mild’ dan dalam nada yang sangat santai berbanding nada provokasi yang digunakan semasa temubual bersama YB Datuk Hajah Zuraida,” tulisnya.

Menurut artikel itu lagi, pujian harus diberi kepada Ahli Parlimen Ampang itu kerana berani membincangkan hal tersebut dari konteks akademik dan prosedur, di saat ramai penyokong kerajaan takut untuk memperjelaskannya.

“Apa yang diperkatakan oleh beliau adalah kerana (beliau) ingin rakyat tahu akan kebenaran dan matang dari segi politik. Kerana hanya dengan kematangan ini, negara akan dapat menjadi lebih maju dan progresif,” tambahnya.

Zuraida tiga hari lalu dikecam hebat oleh segelintir pihak, khususnya ahli parlimen dan penyokong pembangkang kerana dituduh kononnya ‘biadap’ kepada Raja semasa temubual rancangan Astro Awani.

Bagaimanapun, beliau cuma menjelaskan tindakan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dari sudut prosedur dan undang-undang berdasarkan soalan yang dikemukakan pengacara terbabit. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: