11 PPR berjumlah lebih 4000 unit siap tahun ini

MACHANG, 7 OGOS : Sebanyak 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan jumlah keseluruhan lebih 4000 unit telah siap pada tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, tiga PPR tersebut terletak di Kelantan, empat di Pahang, dua di Johor dan dua lagi di Langkawi.

“Kerajaan memberi subsidi hampir RM140,000 bagi setiap 4000 unit ini.

Bagi proses pengisian penduduk PPR, kerajaan negeri yang akan kendalikan, ditapis oleh kerajaan pusat,” katanya dalam sidang media semasa lawatan rasmi ke PPR Bukit Belah, Machang hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pengurusan bagi PPR mulai tahun ini akan diserahkan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Ini adalah untuk memastikan PPR diurus dengan lebih baik agar kondisinya sentiasa bersih, selamat dan mesra komuniti.

“Kita juga mahu elakkan vandalisme dan salahguna, terutama melibatkan harta benda bersama,” jelasnya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut memohon kepada semua penyewa dan pembeli rumah PPR agar berganding bahu menjaga kawasan persekitaran perumahan.

“KPKT sedang berusaha sehabis baik untuk menyediakan perumahan berkualiti kepada semua golongan, termasuk yang berpendapatan rendah.

“Jadi, saya juga berharap penduduk PPR dapat membantu KPKT untuk mengekalkan kualiti persekitaran perumahan,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: