Banyak manfaat bagi individu lengkap vaksin – Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Individu yang sudah mendapat suntikan vaksin lengkap di seluruh negara, bakal menikmati beberapa kelonggaran, berkuat kuasa Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan perkara itu, berkata pengembara warga negara dan rakyat asing yang pulang atau tiba dari luar negara serta sudah mendapat vaksin lengkap dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Katanya, mereka kemudian akan diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, antara kelonggaran lain yang diberi kepada individu yang lengkap vaksinasi ialah dibenarkan merentas daerah dibenarkan di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya, dibenarkan solat di masjid dan surau bagi umat Islam manakala penganut bukan Islam pula boleh menghadiri rumah ibadat.null

“Aktiviti dine-in atau makan dalam premis restoran dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 PPN dan seterusnya dan aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan,” katanya menerusi perutusan khas sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah dapat vaksin lengkap, boleh rentas daerah atau negeri, untuk bertemu dengan pasangan masing-masing.

“Ibu bapa yang dapat vaksin lengkap juga dibenarkan merentas daerah dan negeri, untuk berjumpa dengan anak berumur bawah 18 tahun.

“Aktiviti solat sahaja turut dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah yang sudah menerima vaksin lengkap, tetapi pihak pengurusan perlu memastikan semua masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Akses untuk masuk ke masjid atau surau juga akan bersandarkan kepada sijil digital vaksin COVID-19 dan ia akan disemak oleh pengurusan masjid,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.

Muhyiddin juga berkata, penganut bukan Islam di negara ini juga dibenarkan untuk menghadiri majlis di rumah ibadat masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran berkaitan agama tertakluk kepada perincian lanjut oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Kementerian Perpaduan Negara.

“Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang lengkap vaksinasinya apabila memenuhi kriteria tertentu.

“Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

“Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan,” katanya. – BH ONLINE

oleh: Luqman Arif Abdul Karim

kredit foto REUTERS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: