Durian 30 juta

Susur masa kecoh dengan cerita ahli parlimen pembangkang ditawarkan RM30 (juta) untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Sebagai penonton drama politik semasa, Roi berpegang pada kata-kata tuan pengarah – apa yang kita nampak adalah manifestasi. Ada cerita di balik cerita. Ada pesan di balik bayang.

Bila tersebar cerita gerakan membeli ahli parlimen pembangkang dengan harga RM30 juta, tanggapan Roi, ini usaha kerajaan PN dapatkan majoriti yang stabil di parlimen.

Tapi, bila ditimbang semula, ada yang tak kena dengan tawaran RM30 juta.

Pertama, amat tidak cerdik jika ingin membeli prinsip dan kepercayaan hanya melalui whatsapp. Apatah lagi melibatkan juta-juta. Sebagai penonton drama petang-petang, skrip papa yang mempunyai syarikat bernilai RM7 bilion lebih masuk akal daripada drama politik RM30 juta.

Kedua, Roi tertanya kalaulah drama tawaran ini betul-betul, bukan main-main, kenapa sekarang baru nak beli? Patutnya proses jual-beli galak berlaku sebelum sidang parlimen tempoh hari. Tapi sebaliknya.

Setelah Perdana Menteri menyampaikan perutusan menegaskan kerajaan PN mempunyai majoriti termasuk sokongan dari UMNO, drama jual beli durian mulai meletop. Sebagai penonton drama yang mahir membaca plot twist cerita, Roi syak tersebarnya cerita durian RM30 juta adalah tindakan terancang agar PN dilihat tidak stabil.

Lebih penting, taktik ini bertujuan menyekat mana-mana ahli parlimen memberi sokongan kepada kerajaan PN agar tidak dilihat menerima rasuah RM30 juta walaupun tujuan sokongannya untuk kestabilan politik melawan pandemik.

Ini pendapat Roi, anda pula bagaimana? – PPI

Oleh: Ahmad Roi

kredit foto: Hedy Khoo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: