Konsep rumah PPR lebih ‘canggih’, mesra OKU di Kelantan

KUALA LUMPUR, 9 OGOS : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berkonsepkan lebih ‘canggih’ dan mesra golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kelantan.

Perkara ini dinyatakan Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi posting di laman Facebooknya pada hari Sabtu lalu (7 Ogos) semasa membuat kunjungan rasmi ke negeri itu.

Katanya, PPR di Pasir Mas terdiri dari 300 unit yang berkonsepkan rumah bandar dua tingkat, atau lebih dikenali sebagai ‘townhouse’ dengan unit khas bagi golongan OKU.

reka bentuk tanda salah satu unit khas PPR Pasir Mas yang mesra OKU

“Pembangunan PPR Pasir Mas agak ‘istimewa’ kerana ia berkonsepkan rumah bandar dua tingkat (townhouse) serta terdiri dari dua kategori, iaitu unit tipikal dan unit khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Selain taman permainan, PPR ini juga mempunyai surau yang mampu memuatkan 100 jemaah pada satu masa, sekali gus dilihat boleh merancakkan lagi aktiviti komuniti selepas imuniti kelompok dicapai,” katanya.

Dalam posting berikutnya, Zuraida turut memaklumkan satu lagi konsep baru, iaitu laman bersama atau ‘shared garden’ di PPR Gual Ipoh, Tanah Merah.

konsep ‘shared backyard’ di PPR Gual Ipoh yang tampak moden

“Saya amat menyukai konsep PPR ini, di mana rumah-rumahnya tidak mempunyai pagar serta berasaskan elemen ‘shared backyard’ atau ‘shared garden’.

“Saya rasa konsep begini akan mengeratkan lagi semangat komuniti dalam kawasan,” katanya.

Tambah Zuraida, konsep rumah itu akan menggalakkan aktiviti perkebunan komuniti di kalangan penduduk, selaras Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) yang baru saja dilancarkan beliau pada 3 Ogos lalu.

“Aktiviti perkebunan ini juga mampu mewujudkan peluang ekonomi melalui tanaman, sekaligus membantu penduduk meningkatkan pendapatan,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: