Memperkasa jaminan makanan negara melalui Dasar Kebun Komuniti Bandar

Malaysia sehingga ke hari ini masih lagi berdepan dengan permasalahan jaminan makanan atau dikenali sebagai ‘food security’. Pertambahan penduduk di Malaysia yang diramal meningkat kepada 45 juta penduduk menjelang tahun 2050 nanti akan memberi tekanan kepada penghasilan produk makanan negara yang kini masih lagi berada pada tahap 70% kemampuan.

Penghasilan ini bukan sahaja untuk memenuhi permintaan di dalam negara, tetapi sebahagiannya pula akan diesksport bagi memenuhi permintaan luar negara. Sebagai contoh, Malaysia terpaksa mengimport barangan makanan daripada negara luar untuk merapatkan semula jurang defisit, di antara keperluan negara mengeksport produk makanan ke luar negara bagi tujuan komersial antarabangsa dan memenuhi permintaan domestik berjumlah RM18.6 billion pada tahun 2018.

Oleh itu, Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) yang diperkenalkan pada 3 Ogos lalu dilihat mampu memperkasa komuniti bandar dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk bandar. Tidak terhenti di situ, dasar ini sebenarnya secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk terlibat dalam menghasilkan produk makanan sendiri serta mengurangkan tekanan terhadap defisit import-eksport produk makanan negara.

Komuniti bandar akan diberi pendedahan dan diajar kaedah untuk memulakan aktiviti kebun komuniti. DKKB akan menyediakan garis panduan yang komprehensif kepada masyarakat merangkumi aspek pengurusan, perancangan, mereka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan kebun komuniti bersistematik, berdasarkan peraturan dan prosedur sedia ada. Antara contoh makanan yang menjadi permintaan harian yang boleh ditanam adalah seperti sayur bayam, terung dan cili.

Signifikannya, penduduk bandar terutamanya tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan produk makanan seperti sayur-sayuran di pasaran. Secara tidak langsung, harga produk makanan sayuran ini akan menurun kerana jurang antara lebihan permintaan dan kekurangan bekalan makanan sayuran menurun. Realitinya, inflasi harga makanan merupakan yang tertinggi dalam keseluruhan Indeks Harga Pengguna. Isu ini pastinya akan memberi kesan langsung kepada penduduk bandar yang secara amnya menghabiskan sebanyak lebih 40% pendapatan bulanan untuk membeli keperluan makanan harian.

DKKB yang dilancarkan Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dilihat merupakan platform terbaik bagi memberi pendedahan kepada komuniti bandar untuk menghasilkan produk sendiri dan secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada ketersediaan bekalan makanan di pasaran.

Dasar ini tidak nampak kepentingannya ketika negara dalam waktu aman. Namun satu hari nanti, jika kebergantungan negara kepada produk-produk makanan negara luar terjejas akibat bencana ataupun permasalahan geopolitik yang dilihat semakin meruncing ketika ini, dasar ini akan menjadi salah satu inisiatif yang akan menjadi benteng kepada krisis makanan negara. – PPI

oleh: MH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: