Teori Kamal Hatta: Durian RM30 juta, berbaloi ke?

Pagi ini perut aku sedap. Kombinasi nasi kerabu daging bakar, budu dan air Coway beri cukup tenaga untuk aku marathon tonton drama politik tanah air.

Drama kian panjang, plot semakin rumit.
 
Aku perhati pembangkang dah mulakan serangan ‘Play Victim’ sekali lagi untuk mengalih arah perkenan YDPA bagi melaksanakan undi percaya yang akan diusulkan kerajaan di sesi parlimen pada minggu pertama September.

Aku lihat drama melompat oleh Muar dan juga drama dakwaan durian runtuh oleh DAP dan PKR mula dimuat naik di media sosial figura ahli politik tertentu.

Banyak persoalan yang muncul dalam benak aku. Kenapa mereka memilih ahli parlimen berkenaan?

Adakah ahli parlimen berkenaan dah goyang?

Bagaimana pemilihan berkenaan boleh berlaku?

Adakah tawaran tersebut bersifat mengkinzir buta?

Apakah yang ‘Operator’ fikirkan untuk buat tawaran melalui pesanan Whatsapp?

Fuhh.. penuh persoalan!

Sebagai rakyat biasa aku suka gosip dan klimaks cerita politik, aku lihat tawaran durian 30 juta melalui pesanan whatsapp merupakan lawak gelap yang kelakar lagi menakutkan.

Cuba korang ingat kembali bagaimana drama ini diarahkan.

Pada mulanya kita disajikan peralihan kerajaan akibat peletakan jawatan Tun ketika itu. Lahirlah satu kerajaan baru, Perikatan Nasional bekerjasama dengan GPS dan UMNO.

Namun perlu ingat kelompok kleptokrat yang akan didakwa tanpa kompromi. Situasi ini membuatkan kelompok ini perlukan satu ‘move’ jajaran baru.

Ingat balik, apa fokus kerajaan PH? Mahu Port Dickson jadi PM. Maka skrip 2008 diulang semula.

Episod dimulakan dengan menyatakan kerajaan PN adalah kerajaan tebuk atap. Gagal dengan naratif itu, PH mulakan serangan tanpa hiraukan kes Covid-19.

Pagoh perlu dijatuhkan. Maka lahir beberapa naratif seperti Kerajaan Gagal, Bendera Hitam dan terkini adalah Penderhaka.

Nampak tak plot penceritaan yang sama iaitu ‘Play Victim’ dengan menggunakan rakyat sebagai batu loncatan demi kepentingan untuk takluk kuasa?

Terbaru, 30 biji durian dijadikan modal beberapa Ahli Parlimen. Apakah kita tak terfikir, sebelum membeli MP, tidakkah si pembeli menyiasat dulu siapa yang boleh atau tidak dibeli?

Atau, apakah MP berkenaan sememangnya mudah untuk dibeli?

Mana mungkin tawaran dibuat dengan tiada penyelidikan kecenderungan MP berkaitan serta tawaran dibuat secara terbuka sehingga boleh meninggalkan kesan.

Sedangkan secawan kopi pun kita siasat kandungannya, apatah lagi membeli MP bernilai RM30 juta.

Untuk makluman, pada sidang lepas DAP pernah memohon kepada kerajaan untuk memberikan peruntukan saksama kepada ahli pembangkang bagi meluluskan bajet 2021.

Jadi, sekiranya ini adalah permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, maka aku tidak perlu jawab untuk korang kesudian PM memilih jalan ini untuk mendapatkan undi percaya dalam sesi parlimen akan datang.

Peruntukan MP kerajaan kurang lebih RM3 Juta setahun berbanding RM30 Juta satu MP.

Pada hemat aku lebih baik PM memberikan peruntukan yang saksama kepada MP pembangkang yang memberi sokongan kepada kerajaan. Pasti tindakan ini dikatakan rasuah.

Jangan bodoh politik kawan, kaedah mendapatkan sokongan ini telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti Johor. Di negeri ini, adun dari blok pembangkang mendapat peruntukan lebih RM50 ribu berbanding adun dari blok kerajaan negeri kerana memberi sokongan dan prihatin dengan nasib rakyat dikala pandemik.

Jadi jika PM mempunyai pilihan yang lebih murah, mengapa perlu berbelanja besar untuk memborong MP?

Damansara pernah kata, jika calon PM pembangkang bersama blok pro kleptokrat, lebih baik bersama Mahyuddin dan Azmin sebelum tumbangkan mereka dalam PRU 15. Jelas isyarat dari Damansara.

Plot cerita murahan dengan kuota internet 1GB telah digerakkan pembangkang. Tentunya sensasi ini mudah membuatkan rakyat percaya.

Jika DAP Negeri Johor boleh bersama kerajaan dengan menjunjung titah Tuanku Sultan Johor, tidak pelik jika DAP pusat akan turut laksanakan perkara yang sama untuk menjunjung titah YDPA demi mengutamakan rakyat.

Selain daripada itu, DAP jelas tidak akan menerima kleptokrat dan sedar bahawa undi tidak percaya akan menjatuhkan ‘rating’ mereka untuk memasuki gelanggang PRU 15 nanti.

Berkenaan usul percaya yang perlu dilaksanakan kerajaan dalam sidang akan datang, tempoh usul dimasukkan dalam aturan mesyuarat perlu tempoh 28 hari dan tambahan 5 hari untuk diluluskan speaker.

Jadi, wajarlah usul ini dilaksanakan September. Pastinya bukan sebab kerajaan PN tidak punya jumlah sokongan. Chow!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: