Bekalan oksigen di Hospital Melaka pulih

MELAKA: Kekurangan bekalan oksigen di Hospital Melaka pulih secara berperingkat dan diatasi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata Jabatan Kesihatan Melaka mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah berkenaan yang sebelum ini dilaporkan kritikal, bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, langkah drastik yang dilakukan ialah memasang alat pengatur (regulator) oksigen baharu di platform ‘manifold’.

“Dengan pemasangan itu, bacaan oksigen berada pada paras lebih daripada empat bar dan bilik bedah yang sebelum ini kita tutup kerana bekalan oksigen yang rendah, boleh beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian di Kampung Bukit Nibong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, ‘manifold’ tabung oksigen hospital sedang dinaik taraf oleh Jabatan Kesihatan Melaka yang dijangka siap sepenuhnya pada 22 Ogos ini.

Selain itu, katanya, pembelian oksigen di luar kontrak juga sudah dibuat dan setakat ini, proses berkaitan pembelian berjalan dengan baik.

“Jabatan Kesihatan Melaka juga melaksanakan projek loji pengisian oksigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk memulihkan bekalan oksigen,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Hospital Melaka mengalami kekurangan bekalan oksigen dengan Jabatan Kecemasan hanya memiliki enam saluran oksigen yang bersambung dengan bekalan oksigen berpusat.

Kekurangan tekanan ‘wall oxygen’ di hospital berkenaan juga terlalu rendah sehingga tahap 2.0 bar sekali gus berada di paras kritikal. – BH ONLINE

Oleh Amir Mamat

Kredit foto: FB/Noor Hisham Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: