Berita | Dahulukan rakyat, titah Sultan Johor kepada pemimpin Melayu yang mahu gulingkan kerajaan ketika pandemik

Sultan Johor hari ini menzahirkan rasa kecewa kepada sesetengah pemimpin politik yang mengganggu perjalanan kerajaan kerana merebutkan kuasa, mengatakan tindakan mereka dilakukan ketika rakyat mengalami kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.

“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu kenyataan ketika beberapa pemimpin pembangkang menghantar akaun bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaksa kerajaan interim ditubuhkan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama bekas perdana menteri Najib Razak mengetuai gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Gerakan mereka mencapai momentum baru-baru ini selepas dua menteri Kabinet meletakkan jawatan kerana akur kepada arahan Zahid.

Kedua-dua Zahid dan Najib mengatakan mempunyai sokongan 15 ahli Parlimen Umno.

Sultan Ibrahim memetik ayat Quran mengingatkan pemimpin Melayu-Islam supaya menginsafi segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.” – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: