PN Klang wujudkan inisiatif percuma bayar kos pengebumian

KLANG, 10 OGOS : Prihatin dengan kelewatan proses pengebumian di kalangan masyarakat India di sini, Perikatan Nasional (PN) Klang mewujudkan satu inisiatif percuma bagi pengurusan tersebut.

Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti PN Klang, Nallan Dhanabalan berkata, usaha bantuan dengan kerjasama Klang Indian Funeral Services itu bernilai lebih RM20 ribu.

“PN Klang dengan ini mengambil langkah untuk membiayai sebahagian kos pengebumian bagi 50 keluarga terkesan, dengan tujuan meringankan beban keluarga mangsa yang terpaksa menanggung kos pengebumian yang tinggi.

“Kami di PN Klang sentiasa memahami kesusahan yang dihadapi rakyat, khasnya golongan rentan dan B40 yang menerima impak terus dari pandemik,” katanya dalam satu kenyataan pada 28 Julai lalu.

Beliau mewakili PN Klang turut menzahirkan rasa dukacita di atas ujian yang menimpa keluarga mangsa.

“Kami juga mendoakan agar keluarga terlibat diberi ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi kesulitan hari ini,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: