Surat kepada Agong dihantar selepas PKR gagal kumpul sokongan ahli Parlimen untuk Anwar
Rancangan pemimpin PKR untuk mengangkat ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibatalkan selepas gagal menunjukkan blok pembangkang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen, MalaysiaNow difahamkan.
Seorang pemimpin kanan PKR berkata dengan syarat tidak dinamakan, sebaliknya dipersetujui mereka hanya akan memberi tumpuan kepada ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Memanglah ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong perdana menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang.
“Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat Umno kepada Tuanku.
“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calon perdana menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” kata ahli politik PKR yang juga merupakan pemegang jawatan dalam parti. – MALAYSIA NOW