Tangani masalah pemilikan, SPNB ambil alih pengurusan PPR mulai tahun ini

KUALA LUMPUR, 10 OGOS : Pengurusan pemilikan bagi setiap unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu siap mulai tahun ini akan diambil alih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi posting di laman Facebooknya hari ini mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kaedah ini bagi mengelakkan PPR yang telah siap dibina menjadi terbiar, tidak terurus dan sarang vandalisme.

Malah, katanya, masalah pemilik menyewakan rumah PPR kepada orang lain, termasuk warga asing akan lebih mudah diatasi.

“SPNB akan mainkan peranan memantau pemilik rumah, untuk mengelakkan rumah-rumah itu disalah guna dan disewa kepada orang lain.

“Pemantauan juga dibuat untuk pastikan harta benda dan kemudahan bersama seperti lif, taman permainan dan surau sentiasa dijaga,” katanya.

Tambah Zuraida, kerajaan telah memberi subsidi hampir RM140,000 bagi setiap unit rumah PPR yang dibina.

“Amatlah rugi jika rumah-rumah ini tidak dijaga dan diambil remeh oleh pemilik rumah,” katanya.

Sehingga kini, 11 PPR telah siap pada tahun ini, dengan jumlah keseluruhan lebih 40,000 unit.

Empat daripadanya di Pahang, tiga di Kelantan, dua di Johor manakala dua lagi di Langkawi. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: