Berita | Bantu kami untuk bantu rakyat, jangan sibuk politiking – Zuraida

PUTRAJAYA, 11 OGOS : Semua pihak termasuk pembangkang mestilah berhenti berpolitik buat masa ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan isu Covid-19 negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, hal ini kerana masih ada ahli pembangkang yang mendesak kerajaan mengadakan sidang Parlimen lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, iaitu 7 September nanti.

Sedangkan, katanya, bangunan Parlimen telah pun diarahkan tutup kerana dikuarantin berikutan ada kes Covid-19 di situ.

“Tiada keperluan untuk menggesa sidang lebih awal, terutamanya apabila tarikh yang ditetapkan dan diumumkan oleh kerajaan tidaklah terlalu lambat, iaitu kurang sebulan daripada sekarang.

“Rakyat sudah muak dengan politiking berterusan dan tindakan pembangkang yang tidak habis-habis membuat bising berkenaan angka, majoriti dan sebagainya.

“Ada kalanya kelihatan seperti tiada perkara lain lagi yang penting bagi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida menambah, sehingga kini pembangkang tidak memberi satu nama jelas sebagai calon Perdana Menteri, biarpun mereka mendakwa kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

“..Tiada seorang pun di kalangan mereka yang boleh bersepakat untuk seorang calon tunggal.

“Ia menunjukkan perbalahan dalaman, pertikaian dan perpecahan dalam pihak pembangkang sendiri,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu turut mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea membina dari pembangkang bagi membantu usaha kerajaan menyelesaikan masalah Covid-19.

“Kita sedang berdepan musuh halimunan yang cukup berbahaya; selaku rakyat Malaysia, kita perlu bersatu untuk menentang musuh sebenar dan bukannya berterusan merebut kuasa dan kedudukan.

“Bantu kami untuk membantu rakyat,” katanya. – PPI

kredit foto: Azneal Ishak/MalaysiaKini

One Comment on “Berita | Bantu kami untuk bantu rakyat, jangan sibuk politiking – Zuraida

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: